SOALAN LAZIM

Korporat dan Individu

1. Bagaimanakah guru dipilih?

Guru-guru dipilih berdasarkan band sekolah, lokasi, motivasi, tahap keperluan dan justifikasi untuk permohonan mereka.

2. Adakah sumbangan pakej saya akan memberi impak kepada sekolah yang menerima

Pakej-pakej ini direka dengan teliti oleh Bahagian Program kami berdasarkan data yang dikumpulkan dari 100% Project untuk membawa impak yang paling berkesan. Suatu Panduan Guru BIG GIVE yang mengandungi cadangan aktiviti dan rancangan pembelajaran akan disertakan dalam setiap pakej.

3. Adakah dermaan saya boleh digunakan untuk potongan cukai?

100% Project adalah sebuah perusahaan sosial dan bukan pertubuhan kebajikan. Oleh itu, sumbangan anda tidak akan dikategorikan sebagai dermaan kepada kami - kami sekadar memegang dana yang diamanahkan untuk penerima akhir iaitu guru. Oleh demikian, 100% Project tidak dapat menawarkan pengecualian cukai. Walau bagaimanapun, kami boleh menyediakan resit untuk sumbangan dari pihak syarikat/korporat di mana amaun yang diberi boleh dipotong sebagai perbelanjaan pengiklanan.

4. Apakah kaedah pembayaran yang disediakan?

Anda boleh membuat sumbangan dengan kad kredit,perbankan internet, cek, ataupun pindahan dana terus melalui bank.

5. Bilakah pakej-pakej BIG GIVE akan sampai ke sekolah?

Pakej-pakej akan sampai ke sekolah sebelum 31 Mac 2017.

6. Adakah saya akan dimaklumkan sekolah mana yang menerima pakej saya?

Ya. Semua penderma akan mendapat tahu guru dan sekolah yang dipadankan dengan pakej mereka serta nota terima kasih dari guru tersebut.

7. Bolehkah saya menghubungi sekolah

Ya. Jika anda ingin menghubungi pihak sekolah, sila maklumkan kami dan kami akan menguruskannya!

8. Bolehkah kami memberikan item tambahan di dalam pakej?

Tidak, semua kandungan pakej BIG GIVE adalah tetap. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menderma item tambahan ke sekolah, anda boleh menghubungi Bahagian Program kami di [email protected].

9. Adakah penderma akan menerima sebarang pampasan atau cenderahati?

Selain daripada rasa puas dan gembira, anda akan menerima nota terima kasih daripada cikgu yang mendapat pakej anda. Logo syarikat anda juga akan dipaparkan pada website BIG GIVE. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk BIG GIVE INFOPACK kami.

10. Adakah saya boleh gabungkan derma antara kawan-kawan saya untuk menyumbangkan satu pakej BIG GIVE

Sudah tentu! Matlamat BIG GIVE adalah untuk menyatukan komuniti untuk membawa impak yang besar. Ini peluang yang baik untuk meyumbang kepada sesuatu yang bermakna secara beramai-ramai! Untuk maklumat lanjut, sila rujuk BIG GIVE INFOPACK kami.

11. Saya menyumbang kepada sebahagian daripada kos RM5,000 sepakej. Apakah yang akan berlaku sekiranya dana untuk pakej itu tidak berjaya dikumpul sebelum akhir kempen The BIG GIVE?

Kami berharap itu tidak berlaku! Namun, jika dana tidak mencukupi untuk membiayai pakej, kami akan menghubungi anda untuk pulangkan wang anda.

Guru

1. Siapakah yang boleh memohon untuk pakej?

Semua permohonan perlu dihantar oleh guru individu. Kempen ini terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sahaja.

2. Bagaimanakah saya boleh memohon untuk pakej?

Isikan borang permohonan di http://bit.ly/biggiveteacher.

3. Berapa kalikah boleh seorang guru membuat permohonan?

Setiap guru hanya boleh memohon untuk satu pakej.

4. Untuk setiap sekolah, adakah lebih dari seorang guru dibenarkan untuk memohon?

Ya.

5. Bilakah akan saya terima pakej saya?

Anda akan menerima pakej sebelum 31 Mac 2017.

6. Adakah saya perlu bayar untuk pakej saya?

Tidak. Jika permohonan anda berjaya, kami akan menghantar pakej ke sekolah anda.

7. Saya risau bahawa lokasi sekolah saya menjadi isu untuk penghantaran. Apakah yang perlu saya buat?

Anda akan diminta untuk menyatakan sebarang kebimbangan anda dalam borang permohonan. Kami akan berhubung dengan anda!

8. Selain mengisi borang, adakah perkara lain yang perlu saya buat?

Tidak. Guru hanya perlu mengisi borang permohonan dengan teliti.

9. Adakah saya pasti mendapat pakej BIG GIVE setelah saya memohon?

Tidak. Jawatankusa akan memilih penerima yang paling layak. Ini bermakna anda perlu memastikan borang permohonan diisi dengan terperinci dan pakej yang dipilih adalah pakej yang anda paling perlukan.

10. Setelah menerima pakej BIG GIVE, apakah lagi yang perlu saya buat?

Anda perlu mengambil gambar pakej BIG GIVE anda dan muat naik dalam akaun media sosial anda dengan #mybiggive dan mengiktiraf BIG GIVER anda! Anda juga perlu menyediakan satu nota terima kasih untuk dihantar kepada BIG GIVER anda.